Showing posts with label sakit jantung. Show all posts
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts

24 March 2017

MEROKOK PUNCA SAKIT JANTUNG.

Assalamualaikum



بسم الله الرحمن الرحيم




PENYAKIT JANTUNG!! | "Penyakit jantung merupakan penyebab ketidakupayaan dan kematian pramatang rakyat Malaysia masa kini."









Jenis-jenis Penyakit Jantung.

1. Penyakit jantung bukan kongenital ( berlaku sejak dalam kandungan ) :
(i) Jantung berlubang.
(ii) Kecacatan injap jantung.

2. Penyakit jantung bukan kongenital ( akibat cara hidup yang tidak sihat atau akibat jangkitan ) :

(i) Penyakit jantung reumatik
(ii) Penyakit jantung infektif
(iii) Penyakit jantung koronari ( paling kerap berlaku )

Ia berlaku akibat daripada penimbunan tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini boleh mengakibatkan arteri koronari menjadi sempit dan separa tersumbat.


Ini mengakibatkan angina pektoris atau sakit dada kerana pengurangan aliran darah ke otot jantung.
Arteri koronari yang tersumbat sepenuhnya boleh menyebabkan serangan jantung.




Tanda-tanda

SERANGAN JANTUNG


( a ) Sesat nafas.
( b ) Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.
( c ) Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam / pengsan.
( d ) Berpeluh dingin.
( e ) Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
( f ) Pening kepala dan berasa loya.



Faktor-faktor risiko penyakit
JANTUNG KORONARI

Faktor-faktor TIDAK BOLEH di ubah.

( a ) Risiko meningkat dengan peningkatan umur.
( b ) Jantina kajian menunjukkan kaum lelaki mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
( c ) Keturunan : Jika terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit ini, ia akan meningkatkan risiko anda.





Faktor-faktor BOLEH di ubah.

a ) Tabiat merokok
b ) Kolestrol tinggi dalam darah
c ) Tekanan darah tinggi
d ) Pesakit diabetes
e ) Cara hidup sedentari
f ) Berat badan berlebihan
g ) Stres yang tidak ditangani dengan bijak



Langkah pencegahan
PENYAKIT JANTUNG


1. Lakukan pelbagai jenis senaman dan aktiviti fizikal

Anda boleh melakukan pelbagai jenis senaman untuk menguatkan jantung seperti berjalan,berjogging,berenang,berbasikal,melakukan senamrobik dan bersukan.


2. Amalkan pemakanan yang sihat.

* Makan pelbagai jenis makanan berpandukan piramid makanan.

* Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.

* Makan nasi dengan produk bijirin lain secukupnya dengan memberi keutamaan kepada bijirin penuh.

* Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah - buahan.

* Pilih makanan yang rendah lemak dan kolestrol.

* Pilih makanan yang kurang kandungan gula dan garam.







3. Kawal berat badan
[ untuk mencapai indeks
jisim badan yang ideal ( body mask indeks - BMI ) ]

Lakukan perubahan kurangkan berat badan anda secara beransur - ansur.
Penurunan berat badan yang di syorkan adalah lebih kurang 0.5kg seminggu.


4. Kawal stres

• Rancang mada secara bijak
• ketahui kemampuan diri
• Berfikiran secara positif
• Tangani kritikan dengan baik
• Buat keputusan dengan bijak
• Jalin persahabatan
• Rancang perubahan dalam hidup
• Kongsi masalah dengan orang lain


5. Kawal diabetes (jika anda seorang penghidap diabetes)

( a ) kawal paras gula dalam darah
( b ) Kawal berat badan
( c ) Patuhi nasihat doktor dan ambil ubat mengikut jadual.



6. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Pemerikasaan kesihatan secara berkala boleh mengesan awal faktor-faktor risiko penyakit jantung supaya pencegahan dapat di lakukan.

Lakukan pemeriksaan secara berjadual sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas.

Bagi anda berumur bawah 35 tahun risiko tinggi, anda di nasihatkan untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap :

• Glukos
• Kolestrol darah
• Tekanan darah
• Komposisi lemak badan


Sentiasa pantau indeks Jisim Badan (BMI) anda.


Sumber-sumber dari klinik kesihatan.



Terima Kasih Daun Keladi,Sayang Korang{。^◕‿◕^。}